Article


PROGRAM ADVOKASI STANDARD KESELAMATAN BARANGAN PENGGUNA KPDNHEP 2022



JOHOR BHARU, 26 FEBRUARI 2022, SABTU - Telah berlangsungnya Program Advokasi Standard Keselamatan Barangan Pengguna KDPNHEP 2022 yang diterajui oleh Bahagian Standard Kepenggunaan (BSK), KPDNHEP dengan kerjasama KPDNHEP Negeri Johor yang bertempat di Trove Hotel, Johor Bharu.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan kata alu-aluan daripada YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdayaupayaan Pengguna) dan majlis diteruskan dengan program-program advokasi kepenggunaan.

Untuk pengetahuan, tujuan utama program advokasi ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan memantapkan kefahaman dan kesedaran berhubung peraturan standard keselamatan barangan di bawah bidang kuasa KPDNHEP.

Program yang diadakan pada hari ini merangkumi advokasi mengenai Hak-Hak Pengguna dan Saluran Aduan KPDNHEP, Keselamatan Barangan Elektrik, Keselamatan Automotif, Panduan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Keselamatan Bateri Primer dan Mainan Kanak-Kanak dan akhir sekali ialah Mengenai Keselamatan Komponen Automatif (Tayar Pneumatik, Topi Keledar Motosikal, Pelapik Break Gantian dan Cermin Kenderaan).

Setelah usai program advokasi, majlis diteruskan dengan majlis penutup dan majlis penutup disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP. 

Turut hadir Encik Rahmat bin Wadio, Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP, Encik Mohd Hairul Anuar Bin Bohro Pengarah KPDNHEP Negeri Johor dan Pegawai-Pegawai KPDNHEP.

   

   

 

Sumber: Facebook KPDNHEP Laman Rasmi - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02cAsZ6o8wLYuUUuw5Xkvxz6HUvdccmVtQenSwgVHz6TLCqQEroRGes9ihridsqs4Nl&id=100044343253464&sfnsn=mo


Copyright Ministry of Domestic Trade and Cost Of Living © 2024