Article
PENANGGUHAN PEWARTAAN PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PERAKUAN DAN PENANDAAN) PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN
PUTRAJAYA, 7 APRIL 2022, KHAMIS- Telah berlangsung Majlis Amanat YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bersama Pihak Industri Sempena Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan Dan Peranti Rokok Eletronik 2022 di Hotel Le Meridien, Putrajaya.
Sebagai Kementerian yang menerajui pendayaupayaan dan perlindungan pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa berusaha untuk mengkaji dan membangunkan perundangan baharu berkenaan standard keselamatan barangan pengguna. Perkara ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.
Sejajar dengan itu, Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik 2022 telah diwartakan pada 5 April 2022 dan berkuatkuasa pada 4 Julai 2022 bagi pelitup muka bukan perubatan dan 3 Ogos 2022 bagi peranti rokok elektronik.
Walaubagaimanapun, mengambil kira maklum balas dari umum, Kementerian akan MENANGGUHKAN penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan ke 1 JANUARI 2023.
Untuk pengetahuan, tujuan pewartaan ini adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik yang dihasilkan dalam negara ataupun diimport mempunyai penandaan MS SIRIM, mematuhi standard dan berkualiti, demi keselamatan pengguna.
Turut hadir dalam majlis amanat ini, YBhg. Tuan Azman bin Mohd Yusof-Ketua Setiausaha KPDNHEP, YBhg. Datin Roszanina binti Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP (Pendayaupayaan Pengguna), Dato Dr. Ahmad Sabirin Arshad-Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, En Rahmat bin Wadio-Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP, wakil-wakil agensi, dan Pegawai-Pegawai Kanan KPDNHEP.
Copyright Ministry of Domestic Trade and Cost Of Living © 2024